30 March 2017

Punca 'tangan panjang' Ketua Umno Bahagian tak bankrap dipersoal MP PAS




RUPA-RUPANYA Ketua Umno Kepong Datuk Rizuan Abdul Hamid yang melafazkan "Saya berani mati untuk Najib" dalam PAU2015 bersebab.

Rizuan berdepan risiko bankrap, kerana gagal membayar balik hutang kepada institusi kewangan Malaysia Building Society Berhad, iaitu syarikat subsidiari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Tapi, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh atas kedudukannya sebagai Ketua Setiausaha Sulit Kepada Perdana Menteri cuba 'menyelamatkan' Rizuan dengan menulis surat arahan kepada Datuk Seri Ahmad Zaini Othman, iaitu Presiden merangkap CEO MBSB.





Di Dewan Rakyat pada 29 Mac lalu, Dato' Mahfuz Omar mendedahkan isi kandungan surat tersebut, yang mengarahkan MBSB mengetepikan Notis Kebankrapan dan penyelesaian pinjaman bank di luar mahkamah ke atas Rizuan.

"Ketua Umno Bahagian Kepong, Wilayah Persekutuan, iaitu suami kepada Ketua Audit Negara sekarang ini (Tan Sri Madinah Mohamad).

"Bagaimana orang politik yang mempunyai hubungan 'tangan yang panjang' dengan orang yang berkuasa di dalam negara kita, untuk mereka mengelak diri daripada diambil tindakan (seperti) diisytiharkan bankrap oleh pihak yang memberi hutang," jelas Ahli Parlimen PAS bagi Kawasan Pokok Sena, Kedah.

Sebenarnya Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan pemimpin pembangkang yang mula-mula membangkitkan isu kontroversi tersebut, pada sesi pagi di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, 'tangan panjang' Rizuan itu sekaligus menjejaskan kepentingan awam kerana MBSB adalah syarikat subsidiari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu badan semua pekerja mencarum wang mereka.

Mahfuz yang sedang menunggu masa diusir keluar dari PAS tetap lantang ketika membahaskan RUU (Pindaan) Kebankrapan 1967, yang mahu memberi peluang kedua kepada individu pernah diisytiharkan bankrap.

Pindaan itu juga turut membincangkan kadar kebankrapan dinaikkan daripada RM30,000 kepada RM50,000.

Kelantangan Mahfuz menentang Umno BN ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru 'mempermain' RUU355 PAS semalam, sekaligus menunjukkan bukan semua ahli parlimen parti Islam berkenaan berdiam diri bak 'pasu bunga' di Dewan Rakyat.

Pepatah Melayu pun ada menyebut, "pisang setandan takkan semuanya busuk..."



"Saya kagum Najib 'tapau' Zahid Hamidi," selain mainkan RUU355 PAS


Netizen rata-rata menganggap Pan Malaysian Islamic Party (PAS) yang kena 'kencing', apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tidak akan membentangkan RUU355.

Padan lah Ustaz Nik Abduh kena 'bahan' apabila berdalih BN tak jadi bentang RUU355 tiada kaitan dengan PAS

Pun begitu, bekas Setiausaha Akhbar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai pendapat yang berbeza.

Contengan Eekmal Ahmad di dinding facebooknya menarik!


Ulasan sahabat saya ini mungkin bermuara pada laporan berita 18 Mac lalu, Zahid Hamid ada berdalih, BN akan bentang RUU355 di Parlimen

Kalau kita tidak lupa, Najib sendiri pada 1 Disember 2016 lagi mengumumkan Kerajaan Persekutuan akan 'mengambil alih' RUU355 daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, untuk dibentangkand di Dewan Rakyat.

Najib 'kencing' PAS atau 'tapau' Zahid Hamidi?

BN tak jadi bentang RUU355 tiada kaitan dengan PAS, dalih Nik Abduh dapat kecaman netizen



SALLEHHAN Ahmad antara yang avatar yang lantang mengkritik Ketua Pemuda Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) di status terbaru page Facebook rasmi Ustaz Nik Mohamad Abduh.

Katanya, "Bagi lah alasan apa pun YB. Kalau tak tangguh dan terus bahas blh la kata dah buat ye...Bila dah bentang pastu tangguh dua kali lagi teruk dari BN yang sekurang2 nya jujur terus tak bentang."

Nizom Romli pula berkata, "Hahaha ustad dedak....bepuluh thn lawan musuh yg sama tp tak pernah kenal perangai musuh.. musuh yang cerdik atau kita yg bodoh?"

Nik Mohamad kira-kira tiga jam lalu menaikkan reaksinya berhubung isu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan Kerajaan Barisan Nasional Pusat tidak akan membentangkan RUU355 yang asalnya dibawa oleh PAS.

Najib, Presiden Umno berdalih pendirian menolak perbentangan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 tersebut adalah keputusan majlis tertinggi BN.

Nik Abduh di dinding page Facebooknya seakan tidak mengaku kelemahan ijtihad PAS untuk saling bekerjasama dengan Umno, sungguhpun tular di media sosial bahawa parti Islam itu sudah kena 'kencing' oleh Najib.

Nik Abdul berdalih, "Sebagaimana pernah disebut dan diakui sendiri oleh seorang YB Umno di DUN Kelantan sebelum ini, hanya PAS yang mampu dan bersedia. Umno masih belum mampu..."

Anak bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut berdalih bahawa langkahan Kerajaan BN itu langsung tidak menjejaskan usaha PAS.

"Kesediaan kerajaan BN untuk membawa sendiri RUU355 adalah langkah BN dan tiada kaitan dengan PAS," dalih Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Berikut contengan Nik Mohamad Abduh di page Facebook.


Dr. Saw Leng Guan kurator baharu Botanical Garden P.Pinang



Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ahli botani terkenal negara, Dr. Saw Leng Guan dilantik sebagai kurator Taman Botani Negeri Pulau Pinang dekat Kebun Bunga, dalam tempoh dua tahun mulai 1 April ini.

Ketika berucap, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap pengalaman Leng Guan dapat membantu rancangan Pulau Pinang memulihara semula taman botani tertua di Asia Tenggara tersebut, yang ditubuhkan pada 1884 dan kini berusia kira-kira 133 tahun.

Leng Guan ketika masih menjadi Fellow Penyelidik di Forest Research Institute Malaysia (FRIM) dekat negeri Selangor pada bulan Julai tahun lepas dilaporkan pernah mendapat pengiktirafan peringkat dunia, Scottish Award.

Berita Lanjut menyusul kemudian.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus