Skip to main content

Posts

Showing posts from April 22, 2017

Komuniti Sikh sambut Vasakhi di Port Cornwallis, Guan Eng anggap kepelbagaian jadikan P.Pinang istimewa

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

PADANG KOTA - Festival Vasakhi Peringkat Negeri Pulau Pinang di Fort Cornwallis pada malam ini menerima kehadiran hampir 3,000 orang, kebanyakan komuniti Sikh.

Ketika berucap, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu Pulau Pinang dilihat begitu istimewa kerana rakyatnya yang majmuk meraikan kepelbagaian dengan semangat kesederhanaan dan muhibah.

"Dan sebab itulah George Town diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO kerana nilai penduduk di sini bukan setakat damai dan harmoni, malah kita saling bertoleransi dan begitu menghormati nilai perbezaan antara kita.

"Nilai kepelbagaian ini menjadikan sumbu kejayaan Pulau Pinang," jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam sambil merakamkan penghargaan kepada komuniti Sikh di negeri ini.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo; Exco Kebajikan, Masyarakat Pen…

Pesta Gawai, Keamatan tahun ke-4 di P.Pinang serentak 13 Mei

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI 
GEORGE TOWN - Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang sekali lagi akan menganjurkan Pesta Gawai Peringkat Negeri pada 13 Mei depan, serentak dengan sambutan Keamatan.
Wong Hon Wai selaku Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata ini adalah keraian tahunan kali keempat dan Kerajaan Pulau Pinang mungkin satu-satunya di tanah air ini yang menganjurkan perayaan seumpama itu di luar negeri Sabah dan Sarawak. 
"Di Pulau Pinang sahaja terdapat 30,000 orang pemastautin yang berasal dari Sabah dan Sarawak dan mereka terdiri daripada  tiga sektor utama  iaitu penjawat awam, perkilangan dan penuntut di universiti.
"Tahun lepas sahaja 6,000 tetamu yang hadir dan kita jangkakan tahun ini lebih dari itu.
"Jadi, kita jemput semua lapisan masyarakat untuk memeriahkan Pesta Gawai Keamatan kali ke-empat anjuran Kerajaan Negeri pada 13 Mei 2017, jam 6:00 petang hingga 10:30 malam yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Y.A.B Tuan …

RM200,000 projek 'Satu Daerah, Satu Gelanggang Futsal' di Batu Feringghi siap, umum Mohd. Rashid

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

TANJUNG BUNGAH - Kerja-kerja penarafan dan baik pulih dewan kayu berusia hampir 30 tahun di Batu Feringghi menjadi gelanggang futsal tertutup dengan kos kira-kira RM200,000 mengambil masa hampir dua bulan dan siap sepenuhnya pada Januari lepas lagi.

Mengulas lanjut, Timbalan Ketua Menteri I Dato' Mohd. Rashid Hasnon berkata, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini melaksanakan projek-projek seumpama itu meliputi semua kelima-lima daerah, di bawah program 'Satu Daerah, Satu Gelanggang Futsal'.

"Kerajaan Negeri memang nak mewujudkan 'Satu Daerah, Satu Gelanggang Futsal dan ini satu lagi kejayaan projek naik taraf infrastruktur awam untuk manfaat penduduk daerah ini," jelas Mohd. Rashid pada Majlis Perasmian Projek Naik Taraf Dewan Serbaguna Dan Gelanggang Futsal Tertutup JKKK Batu Feringghi di sini pada awal pagi ini.

Serentak dengan majlis perasmian itu, Mohd. Rashid yang juga Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabang…