Skip to main content

Posts

Showing posts from June 5, 2017

Kompaun kepada MC, individu gagal laksana dasar asing sisa di punca selepas 1 Jun, respons Kon Yeow

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBGambar: DARWINA MOHD DAUD 
BAGAN DALAM - Individu juga boleh dikenakan kompaun seperti badan pengurusan (MC) bagi semua kawasan kondominium di begeri ini selepas 1 Jun nanti, sekiranya gagal melaksanakan Dasar Pengasingan Sisa Di Punca.
Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow bagaimanapun berkata, kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) akan tetap meninjau tiga tanggungjawab MC iaitu melaksanakan majlis penerangan dasar ini; menyediakan ruang serta operasi bagi dasar; serta melantik kontraktor untuk menguruskan hasil kutipan sisa kitar semula.
"Kalau ada penghuni yang tidak melaksanakan dasar ini, bukan menjadi kesalahan MC, tetapi kompaun dikenakan ke atas penghuni terbabit sendiri, berpandukan undang-undang kecil PBT.
"Pujuk dan kempen pada dasar ini mesti diteruskan tetapi apabila sampai masanya, kita (PBT) akan mula mengeluarkan kompaun," jelas Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kot…