Skip to main content

Posts

Showing posts from July 4, 2017

Cerpen Ekonomi | Nor terpaksa . . .

Oleh: Zainulfaqar Yaacob 
DEKPOS | "Selagi Hudud tidak dilaksanakan, selagi itulah hotel lendir bersepah di George Town ini," kata pemandu Crabcar kepada Man tengah hari tadi,
Perjalanan dari Bangunan Persekutuan, Jalan Anson ke Komtar, Man mengambil sikap dengar dan terus mendengar. Beliau tidak menyangka begitu simplistik cara berfikir pemandu yang Islamik itu.
Lama kelamaan, fikirannya terbang melayang.
Masih terbayang dalam ingatan, isteri muda cantik jelita "Siti" meminta Man menghantar produk Shaklee kepada salah seorang pelanggannya.
"Man jangan pula tanya banyak kepada Kak Nor ini, Siti harap sakit keputihannya sembuh," kata isteri Man melalui telefon, sebagai susulan, sebelum jarum jam terpacak 5 petang.
Di Lorong Amoi tengah-tengah George Town Tapak Warisan Dunia merupakan kediaman pangsa orang kebanyakan. Melayu dan Cina paling ramai mendiami rumah kos rendah di situ. Celah-celah penduduk setempat, adalah segelintir bukan warganegara dari Indon…