16 July 2017

ISMA patut lihat usaha Pakatan Harapan hapuskan GST mendekati maksud Al-Quran




Oleh: Zainulfaqar Yaacob
          @ #DEKPOS

Politik Ekonomi | Terbaca berita atas talian Mana Agenda Islam Dalam Janji Pakatan Harapan? tadi.

Memansuh GST yang diumumkan oleh Pakatan Harapan baru-baru ini adalah mengurangkan beban kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat terbanyak.

90% rakyat Malaysia daripada buruh kebanyakan, muda-mudi, ibu tunggal, warga emas, mahasiswa dll tidak lagi terbeban, jika hasrat menghapuskan GST secara total.

Jika Pakatan Harapan selepas ini mencadangkan kenaikan cukai korporat dan cukai pendapatan kelas tertentu sehingga 45% umpamanya, membabitkan 10% rakyat Malaysia terkaya, ia akan merapatkan jurang orang miskin dan orang kaya yang menjadi tujuan hakiki sebuah Kerajaan Persekutuan melaksanakan satu-satu cukai.

Dua komitmen ini sebenarnya mendekati dalalatun nas Al-Quran, "...supaya harta itu jangan hanya berlegar di antara orang-orang kaya saja daripada kalangan kamu." (Al-Hasyr:7)

Setuju?

Jeremy Corbyn cool dan seksi sebab idea ekonominya...




Oleh: Zainulfaqar Yaacob 


Politik Ekonomi | Penyokong Theresa May memuat naik suatu suatu video komersial untuk membuktikan penyandang kerusi Perdana Menteri UK itu lebih cool dan seksi berbanding pesaing, Jeremy Corbyn.


Dalam rakaman komersial itu, Theresa May ditanya, apakah perkara paling nakal yang pernah dibuat waktu muda?


Sambil ketawa, Theresa May dalam wawancara tersebut memberitahu beliau bersama-sama rakan berlari di ladang gandum. https://goo.gl/4637Yp


Seperti Theresa May, kalau kita tidak lupa, respons berlagak cool dan seksi ini turut pernah dilakukan oleh Hillary Clinton.


Hillary Clinton ketika musim pemilihan presiden Amerika Syarikat secara komersial ditampilkan menari-nari dengan sekumpulan rappers, untuk menunjukkan dirinya cool, seksi dan mesra muda-mudi.


Jeremy Corbyn tak perlu pembikin video komersial upahan untuk memperlihatkan dirinya cool, seksi serta mesra muda-mudi.


Rappers, anak muda universiti serta buruh kebanyakan mendekati-nya bukan kerana Jeremy Corbyn pandai menari raps atau muda-mudi, tetapi sebab ideanya yang cool dan seksi.


Syor Jeremy Corbyn untuk membina 100,000 unit rumah mampu sewa adalah idea yang cool dan seksi di sisi rappers, pelajar universiti dan muda-mudi.


Maka, tidak hairan lah ada beberapa rappers tanpa perlu upah komersial menerjah Jeremy Corbyn, soalan sama yang pernah ditanya kepada Theresa May - apakah perkara paling nakal yang pernah dibuat waktu muda?


Dan keratan klip rakaman jawapan Jeremy Corbyn sambil tersengeh respons, "terlalu melampau untuk saya menyebut di sini..." lebih tular di YouTube berbanding video komersial Theresa May.


Gambarannya di sini, cool dan seksi bukan boleh dibuat-buat, Jeremy Corbyn dilihat sebegitu kerana ideanya, sesuatu yang mungkin kurang dicermati oleh pasukan kempen Theresa May.


Di Malaysia, banyak pihak memberi perhatian yang unik pada telatah jutawan kosmetik Datuk Vida dalam siri-siri klip video komersialnya sama ada dalam televisyen atau media baru 2.0.


Ada berpendapat bahawa kosmetik-nya tidaklah bermutu tinggi, hatta terpaksa bergantung pada rakaman aksi komersial yang dibuat-buat supaya lebih cool dan seksi di sisi pelanggan.


Tanpa kita sedari, perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pun cuba memperlihatkan bahawa dirinya dan isteri cool dan seksi, dengan menaiki bas awam dan MRT Kajang baru-baru ini.


Walhal semua tahu lakonan politikus yang dibuat-buat sebegitu tidak cool dan seksi pun kerana begitu banyak media baru 2.0 mendedahkan rekod rombongan Najib menaiki pesawat dan mendiami hotel mewah di Bali.


Bukan Najib sahaja, beberapa pemimpin pembangkang pun pernah memuat-naik beberapa video komersial untuk memperlihatkan diri mereka itu lebih cool dan seksi.


Video yang dimuat-naik memilih lokasi berjalan di kampung-kampung setinggan dekat Bukit Mertajam dengan membawa sedikit buah tangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Video sebegitu umpamanya tidaklah cool dan seksi, kerana tiada polisi rumah mampu sewa yang diimpikan rakyat terbanyak, bagi menggantikan dasar rumah mampu beli yang ketika ini kian menghadapi krisis lambakan hartanah (over production).


Baru-baru ini ada lah beberapa pemimpin pemuda Pakatan Harapan meminta pucuk pimpinan parti masing-masing memberi laluan kepada muka baru dan pemimpin muda dalam PRU14 nanti.


Mungkin segelintir mereka berkenaan pun percaya bahawa mahasiswa, muda-mudi dan pekerja kebanyakan akan menyokong parti pembangkang, jika pemimpin muda parti yang menjadi calon pilihan raya nanti.


Jeremy Corbyn cool dan seksi di sisi muda-mudi kerana idea ekonominya.


Tak betul dakyah kita kononnya ahli politik oposisi mesti terdiri oleh muda-mudi terlebih dahulu, barulah parti-parti oposisi akan disokong oleh golongan muda, mahasiswa dan pekerja kebanyakan. 


Setuju?

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus