17 August 2017

Menjelang PRU14, Najib berjanji syurga Koridor Utara 2.0 untuk P.Pinang?

LIM Guan Eng menjelaskan kepada Najib Razak mengenai hasrat Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang menjadikan Taman Perindustrian Batu Kawan sebagai 'enjin ekonomi utama negeri', ketika melawat gerai pameran Majlis Peluncuran Rangka Tindakan Pembangunan NCER (Blueprint 2.0) dekat SPICE Bayan Baru pada petang 17 Ogos 2017 di sini. | Gambar: Shum Jian Wei

PM janji Koridor Utara 2.0 laksana Batu Kawan Development 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

PANTAI JEREJAK - Pembangunan Batu Kawan tersenarai dalam Rangka Tindakan Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara 2016 - 2025 (Blueprint 2.0), umum Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang tadi.

Perdana Menteri berjanji demikian pada Majlis Peluncuran Blueprint 2.0 NCER di Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (sPICE), yang turut disertai oleh Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini.

Turut serta, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Paduka Bakar Din mewakili Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir; dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq.

"Jika ketidakseimbangan ini gagal diatasi, maka rakyat yang berada di kelompok B40 terutamanya, akan terus ketinggalan.

"(Rancangan Malaysia Ke-11) RMK-11 merupakan fasa terakhir (NCER) untuk mencapai status negara maju," janji Najib lagi.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional turut memberitahu NCER ini akan turut menempuhi Revolusi Perindustrian 4.0.

Ucapan Najib itu senada dengan beberapa rancangan pentadbiran Guan Eng sebelum ini, yang mahu menjadikan menjadikan Taman Perindustrian Batu Kawan sebagai 'enjin ekonomi utama' Pulau Pinang dalam menempuhi era Revolusi Perindustrian 4.0, kini.

Difahamkan, Blueprint 2.0 NCER yang dijanjikan Najib tadi terdiri oleh 80 projek pembangunan di keempat-empat negeri serta merangkumi tiga kategori projek iaitu Nod Pertumbuhan, Projek Merentasi Sempadan dan Projek Berimpak Tinggi Setempat.

Di bawah kategori Nod Pertumbuhan, Batu Kawan Development merupakan satu-satunya janji Najib di Pulau Pinang.

Di Kedah, Najib berjanji untuk melaksanakan Kedah Rubber City dan Kedah Science & Technology Park, kedua-duanya di bawah kategori Nod Pertumbuhan.

Di Perlis pula, Najib berjanji untuk melaksanakan Chuping Valley Industrial dan Perlis Inland Port, jua di bawah kategori Nod Pertumbuhan.

Najib turut berjanji melaksanakan Greater Kemunting Conurbation dan Manjung-Amanjaya Maritime City, iaitu Nod Pertumbuhan di Perak.

Julai 2007, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi buat pertama kali meluncurkan Rangka Tindakan Pembangunan NCER (Bleuprint 1.0), hampir setahun sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 8 Mac 2008.

Menjelang pilihan raya umum, dalam janji Najib ketika meluncurkan Blueprint 2.0 tadi memberitahu, NCER sehingga 31 Disember 2016 menarik RM79.9 bilion pelaburan serta mewujudkan 103,597 peluang pekerjaan ke keempat-empat negeri Utara Semenanjung Malaysia, termasuk Pulau Pinang.

Lancar kempen anti patriaki di FB!

PENULIS (paling kanan) bersama-sama rakan sekerja di Pony Tale Cafe dekat SPiCE Pulau Pinang pada petang 17 Julai 2017, sementara menanti Majlis Peluncuran Rangka Tindakan Pembangunan NCER (Blueprint 2.0) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan diiringi Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng di sini.


Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 

Wacana Sosial | Kadang-kadang Faqar simpati pada perjuangan wanita yang menjual suplimen kecantikan khusus berkaitan penjagaan bahagian sulit gender mereka, dipermainkan oleh kaum lelaki.

Kalau ada lelaki menjual suplimen memanjangkan kemaluan lelaki atau berkaitan kecantikan penjagaan bahagian sulit wanita pun, banyak menggunakan avatar palsu wanita seksi di Facebook.

Akhirnya wanita menjadi obsesi seksual melampau golongan patriaki di facebook dan media sosial lain.

Jarang kita melihat pakar Sakit Tuan seperti Dr Ismail Thamby umpamanya menjadi mangsa keganasan seksual siber.

Ini kerana, Dr Ismail adalah lelaki. Jarang golongan lelaki patriaki normal membuli lelaki lain.

Patriaki, ertinya kecenderungan mendominasi gender lain secara mental, spiritual atau fizakal.

Suami pukul isteri adalah patriaki. Isteri reda dipaksa melakukan seks oleh suami  (walaupun di atas belakang unta jua) adalah dalam logik patriaki.

Wanita menjadi mangsa keganasan seks siber kerana menjual suplimen kecantikan bahagian sulit gender mereka juga adalah mangsa patriaki. 

Patriaki boleh berlaku secara psikologi apabila seorang lelaki ada imaginasi mendominasi gender wanita lain, walaupun dalam komentar Facebook.

Kalau ada golongan patriaki ini dalam senarai pelanggan dalam Facebook anda, elok disingkirkan sahaja. 

Ini kempen untuk semua gender, sama ada lelaki atau perempuan atau transgender.

Sebelum ini, telah beberapa kali Faqar singkir avatar-avatar pelampau daripada kalangan penyokong Pan Malaysian Islamic Party.

Malam ini (jika #InsyirahSolehah terlena awal), Faqar akan mula singkirkan kawan-kawan yang mesra logik patriaki dalam friendlist Facebook. In sya Allah.

Ini solidariti Faqar atas perasaan cinta kepada isteri muda cantik jelita Siti Hajjar Hassan, jua sebab Faqar anti patriaki!

Faqar melancarkan kempen anti patriaki di Facebook!

Setuju?

Solidariti Lawan Penyingkiran Pekerja...

PENULIS 6 Ogos lepas merakamkan gambar kenang-kenangan di Air Putih Junjung dekat Kulim, membawa #InsyirahSolehah dan dua sepupunya berkelah mandi sungai.

Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 

Wacana Ekonomi | Beberapa hari lepas, Faqar terbaca lagi mengenai kejadian pemecatan aktivis pekerja di kilang Nippon Electric Glass dekat Shah Alam.

Jika Kerajaan Persekutuan tidak menangguhkan lagi pelaksanaan insurans pemberhentian pekerja, mungkin akan memberi manfaat pampasan munasabah kepada mangsa-mangsa berkenaan.

Ini jua lah yang sepatutnya dua Ahli Parlimen DAP, Charles Santiago (Klang) dan Ng Wei Aik (Tanjong) perlu lihat sebelum membantah secara semberono mengenai idea pelaksanaan Skim Insurans Pekerja, yang masih belum dibincang secara masak dalam konsesus Pakatan Harapan sendiri.

Alasan mereka Skim Insurans Pekerja ini membebankan kerana membabitkan caruman majikan dan pekerja sebenarnya adalah alasan yang simplistik dan lucu.

Jika dalih sebegitu masih mahu ditegakkan, elok kedua-dua ahli Parlimen oposisi berkenaan menentang caruman PERKESO juga.

Adakah golongan buruh terbanyak, termasuk kakitangan kerajaan akan bersetuju menghapuskan PERKESO, jika mengambil kita logik kedua-dua pendirian selektif dua ahli parlimen berkenaan menentang Skim Insurans Pekerja?

Sebenarnya sebelum ini pun, telah Faqar menulis mengenai Dasar Automasi & Solusi Isu Pemberhentian Buruh Secara Paksa.

27 Julai 2017 lalu, Pemuda Amanah dalam satu kenyataan media mereka juga antara lain ada mengemukakan gagasan politik ekonomi yang lebih progresif untuk dibincangkan dalam konsesus Pakatan Harapan.

Sayap pemuda parti masa depan berkenaan berhasrat "Mewujudkan Kesatuan Sekerja dan Majlis Perundingan Gaji Yang Berpengaruh".

Mereka mahu memulihkan semula kesatuan sekerja. Hasrat bagus!

Bagi Faqar, pemuda Amanah tidak perlu menyertai Kesatuan Sekerja untuk 'mengubah dari dalam' jika beberapa MTUC sendiri ketika ini sependirian dengan rejim, mahu Insurans Pemberhentian Pekerja ditangguhkan oleh Kerajaan Pusat.

"Pemuda Amanah tak perlu kembali menjadi mahasiswa jika mahu memperkuatkan kembali gerakan pelajar di Malaysia, memadai ahli parlimen parti masa depan itu sedaya-upaya untuk menghapuskan kekangan-kekangan perundangan dalam AUKU dll.
Jika difahami logik mudah ini, sayap pemuda parti masa depan itu ketika ini tidak perlu lah berfikir untuk 'mengubah dari dalam' MTUC sendiri, memadai kemukakan manifesto pro pekerja. 
Kesatuan Pekerja dengan sendirinya akan lahir dalam bentuk kelas produktif, jika ahli parlimen Amanah berjaya menghapuskan kekangan perundangan berwajib di Parlimen," respons Zainulfaqar dalam wacana ekonomi DEKPOS di George Town Bandar Warisan Dunia UNESCO pada malam tadi."

Pemuda Amanah adalah ahli politik, dan mungkin mereka seperti peguam Muhammad Faiz Fadzil dan  Ustaz Shazni Munir Mohd Ithnin yang ada hasrat ke Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen kelak, wajar mengenal pasti undang-undang yang menghalang kesatuan sekerja untuk terus berkembang secara produktif.

Perlu ada desakan untuk menghapuskan undang-undang yang menghalang penubuhan serta perkembangan kesatuan sekerja dalam industri elektrik dan elektronik (E&E) umpamanya, kerana sektor itu adalah industri produktif.

Industri produktif adalah industri yang berdiri atas kaki sendiri untuk menghasilkan produktiviti dan ia dengan sendirinya akan melahirkan sistem kelas pekerja yang sebenar.

Kelas pekerja yang sebenar akan lahir dengan sendirinya, jika kekangan perundangan ke atas mereka di tempat kerja boleh dihaluskan di Dewan Rakyat.

Justeru, Pakatan Harapan perlu lebih menyerlahkan faham perjuangan sosial demokrat mereka dengan menunjukkan solidariti membela kaum pekerja.

Bercakap dan menjelajah berbulan-bulan untuk memberitahu penduduk kampung mengenai 1MDB itu rasuah bukan perjuangan sosial demokrat yang hakiki.

Perjuangan sosial demokrat yang hakiki antaranya adalah memperjuangkan nasib pekerja, mendesak Kerajaan supaya melaksanakan Skim Insurans Pekerja..

Lagi bagus jika Pakatan Harapan mengemukakan hasrat melaksanakan Skim Pekerjaan Tetap dalam manifesto mereka di PRU14.

Pakatan Harapan juga boleh mengemukakan Dasar Gaji Buruh yang lebih produktif, antaranya kadar upah buruh meningkat secara relatif mengikuti peratus peningkatan produktiviti industri (Production Vs Wages Policy).

Sebenarnya tak sampai 10 peratus pun daripada populasi pengundi di PRU14 adalah majikan berbanding baki 90 peratus lagi adalah kakitangan kontrak kerajaan atau pun buruh industri swasta. 

Maka, secara logiknya, takkan mempertahankan kepentingan selektif majikan industri berbanding membela kaum pekerja lebih menggandakan undi rakyat kepada Pakatan Harapan di PRU14 kelak?

Itu, jika Pakatan Harapan percaya kuasa rakyat yang sebenar, berbanding politik personaliti sentimental Tun Dr Mahathir Mohamad telahpun saling bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setuju?

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus