18 August 2017

Permohonan Kebenaran Untuk Semakan Kehakiman Kerajaan P.Pinang terhadap SPR tangguh 21 Sept.

LEONG Cheok Keng (kanan) dan Yusof Mohamed Salleh pada sidang media di luar kamar Mahkamah Tinggi II di sini, pagi tadi.


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWNSesi pendengaran permohonan kebenaran Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung usul persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri, ditangguhkan ke 21 September ini.


Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, YA Dato' Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu di Mahkamah Tinggi II di sini pagi tadi.


Peguam pemohon, Leong Cheok Keng selepas itu memberitahu pemberita bahawa penanggguhan tersebut dipersetujui kerana pihaknya ada meminda beberapa perkara pada permohonan semakan kehakiman yang asal, semalam.


"Mahkamah membenarkan penangguhan ini kerana pihak kami semalam (17 Ogos 2017) meminda permohonan dengan memasukkan dua pihak lain (iaitu) Perdana Menteri dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebagai responden-responden tambahan (selain pihak SPR sendiri)."


"Mereka (Jabatan Peguam Negara) tidak bersetuju dengan pindaan pada permohonan (semakan kehakiman) ini," ujar Cheok Keng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Perak.


Cheok Keng turut disertai oleh pembantunya, Yusof Mohamed Salleh dalam sidang media tersebut.


Cheok Keng memberitahu, mulanya beliau hanya memohon penangguhan sesi pendengaran sahaja, kerana mahu menunggu alasan-alasan daripada Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan berhubung permohonan semakan kehakiman hampir sama oleh pihak lain, di negeri Melaka.


"Mereka juga memohon semakan kehakiman, merujuk kes di Melaka, mahkamah tidak membenarkan (semakan kehakiman) atas alasan ini lah (iaitu Mahkamah Rayuan pada 18 Julai 2017 membenarkan SPR mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan tujuh pengundi di Melaka mencabar persempadanan semula)," jelasnya.


Peguam responden adalah peguam persekutuan, Shamsul Bolhassan serta dua peguam bagi SPR iaitu Azizan Md. Arfhad dan Nik Azrin Zairin.


Terdahulu, Cheok Keng ketika memfailkan permohonan semakan kehakiman di mahkamah pada 6 Jun lepas antara lain menyatakan terdapat 18 relif yang dituntut ke atas SPR selaku responden.


Ketika itu, Guan Eng memberitahu pemberita bahawa Kerajaan Negeri antara lain menuntut suatu deklarasi bahawa usul persempadanan kawasan pilihan raya oleh SPR pada kajian 2017 adalah tidak berperlembagaan kerana tidak selaras dengan Perkara 113(2) dan Seksyen 2(c) dan 2(d) Jadual Ketiga Belas kepada Perlembagaan Persekutuan, tidak sah dan terbatal.


Guan Eng yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kebangsaan menegaskan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri Pulau Pinang yang dikemukakan oleh SPR seakan tidak mencerminkan prinsip sebenar 'Satu Orang, Satu Undi, Satu Nilai'.

Contohi Guan Eng, bukan semuanya anti projek pembangunan persekutuan

PENULIS di majlis peluncuran Blueprint 2.0 NCER dekat SPICE Pulau Pinang pada petang 17 Ogos 2017 di sini.


Oleh: Zainulfaqar Yaacob

#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial


Wacana Politik | Sifat interest bank-bank di Jepun mendorong pemodal dari negara matahari terbit itu mengintai peluang pelaburan di negara-negara sekitar Asia Tenggara.


Susulan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Dasar Pandang Ke Timur untuk memanfaatkan modal pelaburan asing ke tanah air ini.


Bekas perdana menteri itu berjaya membina Projek PGU atau Peninsular Gas Utilization sepanjang 1,700 kilometer (KM) secara berfasa sejak tahun 1984 hingga 1993. 


Projek usahasama Jepun-Malaysia itu akhirnya merekodkan semua aset PGU adalah milik negara, selepas hasil dikongsi bersama serta membayar balik modal pelaburan asing.


Gurun ketika itu pun adalah belantara, tiada industri berat. 


Jika Kerajaan Persekutuan tidak memulakan dahulu fasa III Projek PGU ini, ingat pelabur sanggup ke hutan belantara Guru untuk membuka industri?


Pelabur ke Gurun kerana di sana ada bekalan kuasa elektrik berterusan dan tidak putus-putusz


Sehinggakan, pada hari ini kita dapat lihat proses perbandaran Gurun kian berkembang.


Jika kita faham birokrasi ekonomi dalam projek usahasama Malaysia-Jepun dahulu menyumbang pada perkembangan saiz ekonomi dan industri negara; kita akan skeptik dengan beberapa fikrah pemimpin Pakatan Harapan yang anti pembangunan negara.


Tidak perlulah lah saya menyebut individu yang menyatakan bahawa fasa III MRT akan dihentikan jika Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan Persekutuan selepas PRU14 nanti.


Semua kita tahu, pemimpin tertentu Pakatan Harapan yang sama juga lah mempertikai mengapa projek usahasama Malaysia-China membina jajaran ECRL merentasi pedalaman Pahang dan Kelantan.


Jika kita tahu bagaimana Projek PGU ke Gurun menyumbang pada wujudnya industri berat di kawasan bekas belantara antara tersebut.


Kita, akan percaya akan wujud kesan berganda (multiplier effect) daripada aspek ekonomi dan sosial apabila jajaran ECRL ini melalui pedalaman Pahang dan Kelantan.


Faqar akan tetap menyokong calon pembangkang pada PRU14 kerana ketegasan politik anti rejim kleptokrasi.


Tapi, mereka yang menjadi jurutera mahir, buruh kasar, pembekal bahan mentah, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mungkin tiada ketegasan politik kepartian seperti Faqar.


Mereka mungkin berkira-kira untuk terus mengundi  rejim kleptokrasi kerana menganggap Pakatan Haralan anti ECRL dan anti fasa III MRT.


Kebimbangan Faqar ini mungkin lebih besar berbanding kebimbangan sesetengah pihak bahawa pengundi terbanyak akan sokong rejim kleptokrasi kerana BR1M dll.


Apabila Faqar bercakap begini, bukan bermakna semua pemimpin Pakatan Harapan anti pembangunan ECRL dll.


Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) kebangsaan, Sdr. Lim Guan Eng antara pemimpin oposisi yang tidak pernah mengeluarkan kenyataan anti ECRL dll, seperti beberapa pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Malah, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang semalam menyertai Majlis Peluncuran Rangka Tindakan Pembangunan NCER sehingga tahun 2025 di SPICE.


Kerana, beliau faham bahawa apa jua projek pembangunan Persekutuan ataupun negeri, akhirnya tetap memberi rantaian kesan berganda (multiplier effect) daripada aspek ekonomi dan sosial.


Guan Eng adalah antara pemimpin Pakatan Harapan yang tidak anti pembangunan.


Setuju?

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus