22 August 2017

YDP MPSP sasar Seberang Perai diiktiraf Bandar Raya Pintar, Rendah Karbon 2022

ROZALI Mohamud.


Wawancara | Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mensasarkan Seberang Perai diiktiraf sebagai Bandar Pintar serta rendah karbon pada tahun 2022, iaitu dalam tempoh lima hingga enam tahun dari sekarang.

Yang di-Pertua Majlis MPSP, Dato' Sr. Rozali Mahmud memberitahu salah satu cabaran terbesar untuk mencapaikan impian itu adalah meningkatkan mutu kebersihan di ketiga-tiga daerah Seberang Perai.

"Cabaran terbesar bagi saya adalah meningkatkan mutu kebersihan, mengurangkan penjanaan sampah, mengurangkan carbon footprint.

"Walaupun persekitaran Seberang Perai lebih bersih dari tahun ke tahun, namun aspek pembersihan perlu dipertingkat untuk mencapai taraf Bandar Raya Pintar serta rendah karbon," jelas Rozali.

Beliau memberitahu perkara itu pada sesi wawancara bersama-sama fotojusnali Zainulfaqar Yaacob.

Rozali merupakan Setiausaha Perbandaran bagi MPSP, ketika Dato' Maimunah Mohd. Sharif menyandang jawatan Yang di-Pertua Majlis bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

Rozali pada 1 Julai lalu dilantik sebagai Yang di-Pertua Majlis bagi MPSP, serentak dengan majlis pelantikan Maimunah sebagai Datuk Bandar bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Selepas selesai Majlis Angkat Sumpah Terima Jawatan, Rozali dalam sidang media terus  mengemukakan secara umum mengenai 12 fokus keutamaan pentadbirannya, demi meningkatkan lagi mutu pelanggan MPSP.

Jelas Rozali, sasaran Seberang Perai diiktiraf sebagai Bandar Raya Pintar serta rendah karbon pada tahun 2022 merupakan salah satu fokus keutamaan pentadbirannya.

Bandar Raya Pintar

Baginya, Operasi kawalan pentadbiran MPSP tidak dapat tidak mesti mengejar era industri 4.0, dengan merangkumkan Internet untuk Segala-Galanya (IoT), Pengkomputeran Awam (Cloud Computing), simulasi proses pemikiran manusia dalam model berkomputer (Cognitive Computing) yang menjadi sohor kini pelanggan dan rakyat di Seberang Perai sendiri.

Maka, Rozali menegaskan sesebuah bandar akan ketinggalan jika tidak dapat atau gagal mengikuti era teknologi industri 4.0, kini.

"MPSP telah mengamalkan Data Terbuka (Open Data) dan telah membuka sembilan data set secara percuma untuk diberi nilai tambah bagi merancakkan ekonomi digital, seterusnya mencapai pembangunan ekonomi mampan.

"Kita (MPSP) akan memberi latihan kepada semua ketua jabatan dan ahli majlis pada bulan September 2017, untuk memahami ledakan industri 4.0 ini.

"MPSP dalam proses membangunkan sistem tenaga solar untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dari sumber konvensional dan seterusnya mengurangkan GHG emission (intensiti pelepasan gas rumah hijau).

"MPSP juga dalam proses untuk memanggil (Permintaan Padangan) RFP parkir pintar. 

"Sekali lagi, saya katakan, bahawa ini bukan kerja mudah," jelas Rozali lagi.

Kebersihan Bandar

Pun begitu, Rozali memberitahu MPSP tidak akan mengabaikan aspek pembersihan bandar, sebagaimana diimpikan majoriti penduduk Seberang Perai.

Kerana impian rakyat ini lah, MPSP pada tahun 2013 mengambil alih 100 peratus kerja-kerja pembersihan, dengan menawarkan 2,508 peluang kerja 3D atau Kotor, Bahaya dan Sukar, kepada warganegara sahaja.

Implisitnnya, kos pengurusan PBT untuk kerja-kerja pembersihan meningkat 43 peratus, menjadi RM66.18 juta berbanding RM40.09 juta ketika MPSP melantik kontraktor pembersihan secara outsource dahulu.

Pada peringkat permulaan ketika itu, direkodkan, pentadbiran Ketua Menteri Y.A.B. Guan Eng menyuntik RM20.58 juta bagi meringankan beban kewangan MPSP.

Menyedari semua cabaran serta kekangan kewangan yang dihadapi oleh MPSP pada masa hadapan, Rozali berkata pentadbirannya akan menggandakan kempen mengurangkan penjanaan sampah, amalan kitar semula, serta penguatkuasaan dasar pengasingan sisa di punca, demi terus meningkatkan lagi mutu kebersihan bandar.

"Pada (bulan) Jun hingga Disember 2016, hanya 35 peratus penduduk melaksanakan dasar ini (pengasingan sisa di punca), bagaimanapun bermula Januari hingga Julai 2017 sebanyak 67.3 peratus penduduk telah melaksanakan dasar ini.

"Jumlah kitar semula yang telah berjaya dikutip oleh MPSP di bawah dasar pengasingan sisa di punca melalui 1 Jun 2016 hingga Julai 2017 sebanyak 98,222 kilogram (kg) atau 98.222 tan.

"Sebanyak RM1,984 kos tipping feetelah berjaya dijimatkan, hasil jualan barang-barang tersebut pula seberat 98,222 kg adalah sebanyak RM28,554.12.

"Walaupun penjanaan sampah akan tetap berlaku, dengan berat sampah harian yang dikutip di Seberang Perai masih 1,100 tan, sebenarnya cara terbaik untuk mengurangkan penjanaan sampah adalah dengan kempen mengurangkan penjanaan sampah itu sendiri," jelas Rozali lagi.

Beliau memberitahu respons sebegitu ketika ditanya mengenai  isu pertambahan populasi penduduk dan percambahan industri di Seberang Perai tentulah secara logik, sedikit banyaknya menyumbang pada penjanaan sisa pepejal dan sampah-sarap.

Tanam 3,000 pokok! 

"Dalam bukan Kemerdekaan, saya sasar pada hujung bulan (Ogos 2017) ini, kakitangan majlis, Ahli Majlis, penduduk Seberang Perai dan rakan korporat, kalau boleh kita tanam 3,000 batang pokok, ia satu ganjaran besar untuk Seberang Perai ini.

"Kita boleh kembali pada tradisi orang dahulu, di mana setiap pasangan yang baru mendapat cahaya mata digalakkan membeli anak pokok daripada MPSP, menanam dan dijaga oleh pasangan tersebut untuk mengingati tarikh anak kelahiran mereka," ujar Rozali lagi.

Beliau berhasrat untuk mewujudkan Taman Komuniti pada tahun 2018, dengan MPSP menyediakan tempat serta menentukan jenis tanaman yang boleh semua pihak mengambil bahagian menanam dan menjaga pokok masing-masing. 

"Ini antara 12 fokus keutamaan yang akan cuba saya laksanakan sebagai Yang di-Pertua MPSP sebaik mungkin.

"Sekali lagi saya katakan, bahawa ini bukan kerja mudah," jelas Rozali.

Boon Poh dedah minit mesyuarat, akui jalankan tugas Exco sahaja

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB


GEORGE TOWN - Sambil mendedahkan satu minit mesyuarat berwajib, Phee Boon Poh mengaku beliau hanya hanya melaksanakan peranan sebagai Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam sahaja, ketika mengeluarkan satu surat penangguhan penguatkuasaan ke atas sebuah kilang tanpa lesen di Kampung Sungai Lembu dekat Penanti.


"Ya, mereka (pemilik kilang tanpa lesen berkenaan) telah memohon (pelingkungan semula dari Zon Pertanian menjadi) zon perindustrian, tapi telahpun ditolak," jelas Boon Poh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu.


Penjelasan itu sekaligus menyanggah fitnah beberapa media arus perdana mesra Barisan Nasional, yang mengaitkan Boon Poh secara peribadi dengan kepentingan kilang tersebut.


Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang juga Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam, dan Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir) turut sertai sidang media tersebut.


Kepada wartawan, Boon Poh mendedahkan salinan Minit Mesyuarat Berhuhung Kes Aduan Terhadap Kilang Perusahaan Habuk Kayu Di Lot 894, Jalan Sungai Lembu 14000 Bukit Mertajam bertarikh 6 Mei 2015 di Kompleks Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).


Guan Eng memberitahu Boon mendedahkan salinan minit mesyuarat itu, selepas mendapat kebenaran dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Komtar pada pagi tadi.


Salinan minit tersebut antara lain mendedahkan, Phee Boon Poh memaklumkan keperluan penyiasatan terperinci untuk mengesahkan dakwaan penduduk sertai Jabatankuasa Kemajuan & Keselamatan Negeri (JKKKN) mengenai kesakitan penduduk adalah berpunca daripada kilang berkenaan.


Minit mesyuarat sama turut mendedahkan, Boon Poh "memohon supaya kilang ini diletakkan di bawah pemutihan bagi memastikan kilang ini menjalankan proses secara mesra alam, dan mematuhi semua keperluan seperti penggunaan alat perlindungan keselamatan memandangkan ia pernah mendapat lesen MPSP dan kedudukannya jauh dari kediaman".


Dalam minit sama, direkodkan bukti Jabatan Alam Sekitar dalam lawatan ke kilang berkenaan mendapati tiada pencemaran kerana terdapat tirai pengadang di bahagian atas yang menghalang daripada asap habuk, tetapi kilang ini tidak mempunyai lesen.


Dlaam perkembangan lain, ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin baru-baru ini dilaporkan memberitahu bahawa  'kilang haram' berkenaan pernah diarahkan membayar denda RM1,000 atas kesalahan tertentu, selepas disaman oleh MPSP sendiri.

Takkan Malaysia tiada jurutera seperti China, layak bina ECRL?


Kereta api terpantas dunia dari Beijing ke Shanghai dijadual mula beroperasi pada akhir bulan September 2017, dengan pecutan satu jam perjalanan sejauh 1,318 kilometer. | Gambar: RT.com


Oleh: Zainulfaqar Yaacob 
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 

Wacana Ekonomi | Bidang mechatronics engineering ini adalah bidang yang baharu. 

Ia bukan semacam bidang kejuruteraan bina rumah mampu milik yang sektor Kerajaan dan swasta telah ada pengalaman kejuruteraan lebih 3 dekad ketika ini.

Kalau projek kereta api terlaju dunia ini nak dilaksanakan di tanah air Malaysia suatu hari nanti pun, fasa pertamanya mungkin 100% melibatkan jurutera dari negara republik berkenaan. 

Fasa kedua dan seterusnya barulah melibatkan jurutera warganegara yang telah menimba pengalaman dan ilmu dalam bidang mechatronics engineering (mechanical engineering + electronics engineering)

Bidang mechatronics engineering ini pun mungkin akan wujud di salah satu universiti awam kerana ada cendekiawan yang terlibat dalam kerja rekabentuk kejuruteraan projek fasa pertama, turut mengajar di tanah air ini. 

Bidang mechatronics engineering tidak boleh wujud dengan sendirinya. 

Ia akan melalui proses yang sama seperti Projek PGU atau Projek PGU atau Peninsular Gas Utilization sepanjang 1,700 kilometer (KM) dimulakan pada 1984 hingga 1993. 


Fasa pertama melibatkan jurutera Jepun 100 peratus, tapi fasa seterusnya barulah melibatkan jurutera warganegara.

Ini kerana, anak Malaysia mula belajar dan menimba pengalaman dalam kejuruteraan jajaran paip gas dll di tanah air ini dan di negara Matahari Terbit berkenaan.

Jika kita faham hakikat ini, kita tak akan pertikai mengapa 70 peratus atau 100 peratus jurutera yang terlibat dalam ECRL ini dari China dan bukan warganegara.

Setuju?

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus