Skip to main content

Posts

Showing posts from September 22, 2017

Polisi Buffer Stock Solusi Bela Penoreh Getah

Oleh: Zainulfaqar Yaacob  #DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial
Wacana Ekonomi | Akan datang, bolehkah seorang Melayu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang?
Menurut seorang penulis mesra PKR menelah, DAP yang kini lebih ramai disertai Melayu patut sudah mempunyai seorang Melayu untuk menjadi Ketua Menteri.
Esok lusa, penyokong Ketua Menteri Lim Guan Eng atau akar umbi parti DAP yang berbangsa Cina pula akan menelah balas, "Selangor pun perlu ada seorang Menteri Besar berbangsa Cina menggantikan penyandang, Datuk Seri Azmin Mohamed Ali kerana PKR pun telah ramai disertai Cina?"
WACANA pokok penulis bersama-sama Zolkifly Md. Lazim (kiri) dan Pengerusi NGO Mutiara Infak Pembela Anak Yatim & Ibu Tunggal Pulau Pinang, Ustaz Izham Hashim di Seberang Jaya tadi mengenai grand design 'Koridor Ekonomi Balik Pulau' di sini, pada pagi tadi.
Menjelang Jumaat tadi, saya ada berjumpa dengan Pengerusi Bahagian BERSATU Parlimen Balik Pulau, Tuan Haji Zolkifly Md Lazim - "Sebenarny…