Skip to main content

Posts

Showing posts from September 30, 2017

Perlunya DUN P.Pinang gubal enakmen cegah pengusiran paksa...

KOMRAD Karthik dari JERIT di Pejabat SUARAN Pulau Pinang pada jam 10.30 malam 29 September 2017 menjelaskan, rakyat di 26 kampung asal berisiko diusir keluar dari rumah masing-masing, selagi tiada enakmen khusus membela peneroka bandar digubal oleh pemimpin Pakatan Harapan di DUN Pulau Pinang.
Oleh: Zainulfaqar Yaacob 
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 
Wacana Politik | Bertempat di Pejabat Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Pulau Pinang pada malam tadi, telahpun diadakan perbincangan mengenai isu perumahan dan pengusiran paksa oleh tuan tanah persendirian dan pemaju swasta di negeri ini.
Pelbagai wakil pertubuhan bukan kerajaan hadir, daripada Aliran, Serikat Mahasiswa Islam, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah (RAGAS) serta beberapa aktivis.
Sebanyak 11 dokumen perbentangan dibuat, termasuk deklarasi “Hentikan Pengusiran Paksa - Rumah Untuk Rakyat” oleh Sdr. Karthik (wakil JERIT - #lihatGambar) sempena sambutan Hari Habitat Sedunia yang akan diraikan p…

Apa makna dasar ekonomi dinamik?

Ini gambar penulis di Pejabat Ketua Menteri dekat George Town. Wanita muda cantik jelita di belakang itu adalah Bos di pejabat. Punya baik Bos ini sampai senantiasa mendorong penulis untuk saling berkenalan dengan rakan wanitanya yang bujang. “Semoga Allah mencurahkan kebahagiaan di  ‘dua dunia’ kepada bos sekeluarga. Amin.” 

Oleh: Zainulfaqar Yaacob 
DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 
Wacana Politik | Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 25 Mei 2017 secara sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Pinjaman Negeri Pulau Pinang (Bank dan Sumber-Sumber Kewangan Lain) 2017 menjadi enakmen.
Enakmen itu memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri hari ini untuk mendapatkan pinjaman modal pelaburan asing dari luar negara, merujuk tawaran China Exim Bank.
Hasrat meminjam dari China ini kerana Kerajaan Negeri memikirkan kesukaran untuk mendapatkan kelulusan agensi persekutuan untuk melaksanakan kerja-kerja penambakan laut di Selatan Pulau, demi membiayai RM47 bilion kos Pelan Induk Penga…

Apakah memorandum Dr. Nasir Hashim kepada Ketua Hakim Negara, pada tahun 2007?

NASIR Hashim.
Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial
Wacana Ekonomi | Ordinan Darurat dimansuhkan pada tahun 2011 setelah diasak oleh pelbagai pihak dan parti-parti oposisi.
Sebelum itu, penggunaan Ordinan Darurat (Pembersihan Setinggan-setinggan) Perlu, 1969, digunakan sewenang-wenangnya oleh rejim UMNO dan Barisan Nasional untuk melaksanakan pengusiran paksa ke atas peneroka (urban pioneers) dari kampung halaman mereka terutama di Kuala Lumpur dan Selangor.
Lazimnya Ordinan Darurat ini digunakan untuk mengusir rakyat dari tanah persendirian atau kerajaan, dengan pemberian notis tujuh hingga 14 hari kepada rakyat sebelum operasi perobohan rumah.
Lebih dari itu, peneroka bandar juga turut diugut supaya tidak merujuk kes pengusiran mereka di mahkamah.
Contohnya, Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mokhtar Dahalan dalam kenyataannya pada 13 Mac 2007 mengugut tidak akan memberi sebarang pampasan jika peneroka bandar merujuk ke mahkamah. 
Ugutan serupa turut dilafazkan …