Skip to main content

Posts

Showing posts from October 26, 2017

Kenapa tawaran gaji minimum RM1,500 akan gagal?

Di 7E Bukit Tengah. Di kedai runcit 24 jam ini pun tidak akan ada pekerja, melainkan mereka menawarkan gaji melebihi RM1,500 seperti dinikmati oleh muda-mudi, buruh kontrak, lepasan universiti, pesara/penganggur yang menyertai Jobs Guarantee Schime langsung di bawah Kerajaan Pusat. Bayangkan...

Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial
Wacana Ekonomi | Kalau keluaran negara rendah dan melambangkan kemelesetan ekonomi rakyat, gaji minimum tidak boleh dengan sendirinya naik ke kadar RM1,500.
Gaji minimum RM1,500 hanya boleh dilaksanakan jika Bajet Alternatif 2018 mempunyai program khusus untuk meregulasi aktiviti ekonomi rakyat dan negara ke arah upah buruh itu.

Sepatutnya Pakatan Harapan (PH) dalam belanjawan kali ini mencadangkan pelaksanaan Skim Jaminan Pekerjaan atau Jobs Guarantee Schime (JGS).
Melalui skim ini, Kerajaan Negeri sendiri akan membiayai kos penuh ataupun sebahagian bersama-sama majikan, dalam tempoh lima sehingga 10 tahun, untuk mencukupkan kadar upa…