27 October 2017

Apa yang tak disebut mengenai inflasi?


PENULiS di The Top, restoran mewah di puncak Komtar.



Oleh: Zainulfaqar Yaacob

DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 


Wacana Politik | Inflasi adalah suatu keadaan di mana tingkat harga umum yang naik secara mendadak dan tidak terhad.


Kerajaan mempunyai dua solusi untuk memastikan inflasi merosot.


1. Menaikkan cukai


2. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan sendiri


Sesetengah pihak percaya kenaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pun akan menyumbang ke arah inflasi merosot.


Sebenarnya bukan semua jenis cukai yang kerajaan naikkan akan menyumbang pada inflasi merosot.


Di 1st Avenue, harga sepinggan set jamuan tengah hari boleh mencecah RM49.


Walhal, material makanan yang sama kalau di Pekan Lama Bukit Mertajam mungkin tidak sampai RM10.


Andaikan Faqar adalah pemilik lot kedai makan di 1st Avenue, tentulah harga sewa lantai sekitar RM25,000 sebulan tidak akan ditanggung sendirian melainkan kos diserap oleh pengguna.


Maka, punca set jamuan tengah hari di atas pasar raya itu seharga RM49 antara lain disebabkan kos sewaan lot komersial tersebut sebenarnya.


Kenaikkan harga makanan secara mendadak seperti ini lah yang dimaksudkan sebagai salah satu gambaran inflasi.


Jika sewaan lantai lot kedai itu diturunkan maksimum RM5,000 sebulan, secara kasar harga set makanan tengah hari tadi boleh diturunkan, mungkin RM19.


Penurunan harga set makanan tengah hari tersebut adalah salah satu gambaran bahawa inflasi merosot.


Fahamnya di sini, demi menangani inflasi, cukai yang dinaikkan ini hanya merujuk pada tujuan mencegah spekulasi  dalam pasaran sahaja, bukan semua cukai termasuk GST.


Seperti, RM49 harga set makanan jamuan tengah hari kerana sewa lot komersial atas 1st Avenue RM25,000 sebulan.


Akta Kawalan Sewa yang dimansuhkan pada tahun 1997 patut wajar digubal semula, untuk merosotkan inflasi negara.


Tapi, dalam Bajet Alternatif 2018 dan Bajet Pusat 2018 hanya menyebut mengenai inflasi sahaja.


Setuju?

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus