02 December 2017

Lambakan rumah tak terjual, apakah yang patut Kerajaan lakukan?

PENULiS bersama-sama kenalan facebook Cik Farah Adilla Husin, 21, di Starbucks Sunway Carnival Seberang Jaya, 5.50 petang pada 2 November 2017. 


Oleh: Zainulfaqar Yaacob 
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 

Wacana Ekonomi | Bank, dulu kita memanggil Tabung Duit. Kerana, di institusi inilah duit disimpan.

Bank semakin berkembang, daripada menjadi tempat rakyat menyimpan duit secara lebih selamat, mula lah menawarkan pinjaman duit serta pelbagai lagi perkhidmatan pelanggan yang lain seperti insurans dll.

Sampai satu tahap, pemilik bank melihat memberi pinjaman duit dengan kenaan riba yang tinggi lebih menguntungkan.

Maka, pemilik bank berkenaan pun mulai mengenakan kos pentadbiran yang tinggi ke atas penyimpan wang orang perseorangan secara kecil-kecilan.

Sebab itu lah, bank-bank komersial tertentu mulai mengenakan deposit yang tinggi, minimum RM500 atau ada sampai RM2,000, untuk membuka akaun simpanan.

Ertinya, bank kian mengubah peranannya demi menguntungkan segelintir puak, yang suka saya sebutkan sebagai kapitalis spekulatif.

Daripada memberi pinjaman kecil-kecilan dalam angka RM10,000 hingga RM20,000, lebih baik memberi pinjaman kepada pihak yang mahu meminjam dalam jumlah yang lebih besar, jutaan ringgit.

Ini kerana, lebih besar bank boleh menjana untung berganda secara spekulatif, melalui kenaan riba atas pinjaman yang lebih besar berjuta-juta ringgit itu.

Bank yang mengubah haluannya tadi akan lebih cenderung memilih untuk memberi pinjaman jutaan ringgit kepada Concortium Zainul Berhad, berbanding seorang operator kontrak bernama Faqar yang mahu memohon pinjaman perumahan  RM42,500 sahaja untuk membeli rumah kos rendah di Pekan Lama Bukit Mertajam.

Jika difahami realiti ini, daripada satu aspek, kita akan faham punca sebenar Bank Negara Malaysia (BNM) mengetatkan Syarat Kelayakan Pinjaman Perumahan Bank, yang kemuncaknya hanya akan menguntungkan pemaju spekulatif swasta dan pemegang syer-syer dalam bank pro kapitalis spekulatif itu sahaja.

Ini, antara gambaran di sebalik realiti operasi kewangan bank-bank di tanah air ini, yang semua kita harus faham.

Saya sengaja menceritakan hal ini bersebab, kerana seorang teman wanita, pada sesi minum petang di Starbuck dekat Sunway Carnival Mall kini, bertanya satu soalan menarik.

Tanya beliau, “Faqar pernah mencadangkan Kerajaan Negeri melalui Penang Development Corporation (PDC) menubuhkan Penang Own State Bank untuk menerbitkan kredit dan membina sendiri unit kediaman rumah mampu sewa selesa. Tapi mengapa Faqar pernah berkata bank pembangunan negeri itu akan gagal jika Kerajaan Negeri tidak terlebih dahulu mempunyai Program Perumahan Mampu Sewa Selasa?

Memang, Penang Own State Bank ini akan menjadi ‘lubang menjana pinjaman spekulatif’ oleh Concortium Zainul Berhad, kalau Kerajaan Negeri tiada polisi progresif yang real material.

Contoh, mengapa perlu susah meminjam duit daripada bank-bank konvensional yang lain, jika syarikat kapitalis hartanah spekulatif swasta Concortium Zainul Berhad itu boleh meminjam duit daripada Penang Own State Bank secara lebih mudah dengan sokongan kapitalis politik dalam Kerajaan sendiri?

Birokrasi kewangan sebegini lebih lancar, untuk membeli tanah secara tender terbuka ataupun membeli hartanah secara spekulatif ketika senario lambakan hartanah (#OverProduction) sebegini.

Fahamnya di sini, sistem yang difahami sebagai pergerakan pasaran bebas, dengan persetujuan ahli politik, pemegang-pemegang syer dalam bank milik penuh 100% Kerajaan Negeri, dorongan perbankan, semua dan segala-galanya seakan menguntungkan segelintir puak berkepentingan sahaja (kapitalis spekulatif).

Bolehkah birokrasi kewangan Penang Own State Bank ini kembali menguntungkan rakyat terbanyak?

Jawapannya, boleh dengan syarikat Kerajaan Negeri merombak polisi pemajuan hartanah secara besar-besaran - reform economy!

Kerajaan melalui PDC hanya akan membina Rumah Mampu Sewa Selesa sahaja, dan Penang Own State Bank mampu menerbitkan kredit (baca: hutang korporat) tanpa kos untuk merealisasikan program pro rakyat terbanyak itu.

Di bawah Rumah Mampu Sewa Selesa ini, Kerajaan Negeri melalui agensi negerinya PDC sendiri akan melaksanakan pemodalan besar-besaran (Industrialization Capitalism), dengan membiayai kos membeli bahan binaan serta membayar kos upah buruh kepada syarikat kontraktor produktif.

Melalui tender terbuka, Kerajaan Negeri sendiri yang melantik syarikat kontraktor swasta produktif, iaitu firma yang benar-benar membina unit kediaman, bukannya firma Concortium Zainul Berhad yang menjana untuk melalui bidaan tender lalu menyerahkan kepada sub-kontraktor lain.

Kerajaan Negeri perlu biarkan sahaja hancuran lambakan hartanah (Over Production), iaitu suatu keadaan terjadi disebabkan unit kediaman yang siap dibina bukanlah melebihi permintaan rakyat, tetapi tidak mampu didiami rakyat terbanyak.

Ini kerana, selepas beberapa tahun Program Rumah Mampu Sewa Selesa ini dilaksanakan, nilai saham dalam Concortium Zainulfaqar Berhad dengan sendirinya akan menyusut.

Pelaburan spekulatif tentu lebih berminat untuk membeli Bon yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri sendiri ataupun PDC melalui banknya, kerana ‘kertas hutang’ itu adalah pelaburan paling berisiko rendah.

Concortium Zainulfaqar Berhad mempunyai dua  pilihan, pertama menggiatkan pemajuan hartanah swasta di luar Pulau Pinang, seperti usaha Country Garden dari negara Republik Rakyat China ke Johor untuk projek Forest City.

Kedua, membuka syernya untuk PDC membeli serta regulasi hala tuju korporatnya mengikut logik pembangunan Kerajaan Negeri iaitu Program Rumah Mampu Sewa dll. 

Pilihan kedua pasti akan terjadi, bagi pemikir ekonomi yang pernah membaca bagaimana regulasi undang-undang negara dalam industri getah akhirnya mengakibatkan saham Guthrie di London jatuh, hatta syarikat kapitalis antarabangsa (emperialisme) tersebut berjaya dirampas oleh Kerajaan Malaysia pada era 1980-an dulu.

Faqar yang sudah gagal banyak kali untuk mendapatkan pinjaman perumahan bank serendah RM42,500 tadi tidak perlu runsing lagi, kerana wartawan kecil itu lebih berpeluang menyewa murah unit kediaman selesa milik penuh Kerajaan Negeri, menikmati kehidupan berkeluarga bersama-sama anak daranya, #InsyirahSolehah.

Ini gambaran besar, bagaimana pergerakan pasaran bebas, bank, kerajaan, agensi negeri, kaum kapitalis serta beberapa puak kecil berkepentingan lain boleh dimanipulasi untuk kepentingan rakyat terbanyak seperti Faqar.

Ini lah #ManifestoMerah, iaitu polisi ekonomi yang progresif untuk Rakyat Terbanyak, Bukan Segelintir Puak.

Pergerakan pasaran bebas sebenarnya boleh dimanipulasi, jika rakyat terbanyak lebih skeptik, kian berfikir dan lebih bijak.

Rakyat terbanyak lebih untung jika kita kian sukar ditipu oleh ahli politik reaksionari dan pelampau agama.

Bolehkah pergerakan pasaran bebas dimanipulasi demi kepentingan rakyat terbanyak berbanding segelintir puak kapitalis politik? Jawapannya, ya!

Setuju?

For The Many Not The Few

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus