14 December 2017

Faedah Indonesia, Malaysia ‘saling berkawan’ dengan China?

PENULIS dengan bos, Puan Yap Lee Ying merakamkan gambar kenang-kenangan di Padang Kota Lama, George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO. 


Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 

Wacana Ekonomi | Mulanya saya ingat kapitalis spekulatif swasta  di Malaysia sahaja seakan tidak senang duduk apabila projek infrastruktur negara seperti MRT dilaksanakan sendiri oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC), secara bilateral dengan GLC/SOE dari China.

Rupa-rupanya pentadbiran Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) juga dipertikai oleh kapitalis spekulatif swasta apabila begitu banyak projek infrastruktur negara berjaya dibina oleh GLC (baca: Badan Usaha Milik Negara, BUMN) sendiri.

Ketua Umum Kamar Dagang dan Industri (KADIN) Rosan Roeslani sendiri baru-baru ini mengeluh di depan Jokowi, kerana begitu banyak projek-projek negara didominasi oleh BUMN.

Menteri Keuangan Sri Mulyani sendiri mempertikai corak pentadbiran Jokowi kerana BUMN melaksanakan begitu banyak projek pembangunan infrastruktur negara, untuk pemerintah dan rakyat.

Jokowi bukan anti kapitalis, tapi negara Indonesia ketika ini pun seperti Malaysia, menimba pengalaman daripada China.

China melaksanakan industrilisasi kapitalisme atau pemodalan secara besar-besaran di mana syarikat milik penuh pemerintah dan bank milik penuh negara melaksanakan sendiri projek pemajuan keretapi laju berkapasiti tinggi, perumahan mampu sewa selesa, urbanisasi, rumah hijau dll.

Apabila pemerintah Indonesia dan Malaysia di dalam negaranya sendiri menerima asakan pembangkang supaya mengikat perbelanjaan, dakyah “negara akan bankrap jika hutang melebihi 55% GDP” dll dan pada masa yang sama mempunyai tanggungjawab untuk memajukan negara serta taraf hidup rakyat terbanyak; maka akan wujud Dialektika Materialisme.

Dialektika Meterialisme, ertinya sifat-sifat yang saling pertentangan serta saling berkaitan terhadap sesuatu material, hingga melahirkan proses baru pada material yang sama. 

Cuma, Dialektika Materialisme yang terjadi di Indonesia dan Malaysia bukanlah secara dalaman, seperti kebangkitan kelas buruh dan rakyat terbanyak menentang kapitalisme.

Dialektika Materialisme yang terjadi di kedua-dua negara berlaku disebabkan menerima faktor-faktor luaran, seperti menimba pengalaman daripada ‘Industrialization capitalism’ dari China secara hubungan bilateral ekonomi.

Ertinya, Dialektika Kapitalisme ini dinamik, sehingga mengubah keadaan bernegara walaupun wujud perebutan ekonomi antara kaum kapitalis spekulatif setempat masing-masing di Indonesia dan Malaysia.

Setuju?

For The Many, Not The Few
#ManifestoMerah

L.E.B.I.D.O.

PENULiS...


Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial

Wacana Sosial | Sesetengah orang, tidak kiralah sudah melakukan hubungan kelamin atau masih teruna dara, kalimah “Lebido” mungkin sesuatu yang asing.

Lebido adalah penyakit seksualiti kompleks dan unik berkaitan diri kedua-dua gender sendiri.

Lebido adalah mengenai masalah tubuh kurang menghasilkan hormon testosteron atau hormon lelaki dalam kantung zakar, yang mengakibatkan seseorang lelaki kurang sifat kelelakian secara biologi, psikologi dan sosial.

Sebenarnya penyakit kompleks ini turut boleh dihidapi oleh gender wanita, apabila horman kewanitaan (estrogen dan progesteron) kurang dijana atau dihasilkan secara proaktif dalam sel telur mereka.

Biologi

Mari kita imbau kembali kenangan waktu kanak-kanak, kita akan berasa senak atau ngilu atau sengal apabila zakar atau faraj kita menerima tekanan kuat secara mengejut.

Di sekolah rendah dulu, banyak kali juga saya berasa sengal apabila “game lawan picit kote” (tanpa perasaan seksual) membabitkan kawan lelaki sahaja, apabila Ustazah tak masuk kelas KAFA petang.

Sebenarnya perasaan sebegitu jarang kita alami lagi, ketika dewasa, terutama selepas berusia seawal 30-an, walaupun acapkali kemaluan kita menerima tekanan yang lebih kurang sama dan tak disengajakan seperti zaman kanak-kanak dulu.

Menurut seorang responden yang mengalami sakit Lebido ini, berdasarkan pengalaman peribadi, memang kadar penjanaan hormat testosteron lelaki selepas usia 30-an kian berkurangan.

Begitu juga wanita pada awal usia 40-an, sehinggalah tempoh putus haid (Menopause) yang dianggap gejala normal bagi gender wanita sahaja.

Selain itu, derita sakit seperti kanser yang dialami oleh kedua-dua gender juga lazimnya akan mengganggu penjanaan hormon kelelakian dan wanita.

Psikologi 

Ini, satu lagi faktor, cuma banyak dibentuk oleh bahan bacaan serta tempuhan pengalaman peribadi.

Kadangkala seseorang itu mengalami Lebido secara psikologi, apabila pasangannya secara biologi mengalami derita sakit, syahwat lemah dan sebagainya.

Bagi lelaki umpamanya, faktor psikologi yang membentuk Lebido itu akan mengakibatkan hormon kewanitaan yang sedia ada dalam tubuh mereka kian melebihi hormat kelelakian yang kurang dijana tadi.

Lelaki Lebido akan dilihat lebih menonjol sifat kewanitaannya seperti kasih sayang, lemah lembut, kuat empeti, lebih suka bergaul dengan lelaki atau wanita yang tebal sifat kewanitaannya dan banyak lagi.

Jangan salah anggap. Lelaki Lebido tidak semestinya adalah lelaki lembut, mak nyah, gay, kunsa dll.

Namun, golongan transgender rata-ratanya kemungkinan besar adalah pesakit Lebido secara psikologi atau biologi (baca: kunsa atau amalan menyunting hormon secara berlebihan) atau sosial.

Sosial

Ini, satu lagi faktor yang membentuk pesakit Lebido, hampir serupa dengan faktor psikologi, cuma dijana oleh tabiat pergaulan serta keadaan sekeliling sahaja.

Pergaulan gender sejenis lazimnya boleh menjana juga hormon bertentangan salah seorang pasangan berkenaan.

Contoh, keakraban sepasang lelaki secara berlebihan, mampu mengakibatkan salah seorang lebih dijana oleh hormat kelelakian manakala seorang lagi lebih dijana hormon-hormon kewanitaan.

Pengalaman didera atau mangsa rogol juga akan mengakibatkan seseorang wanita benci lelaki dan saling mencintai wanita. Ini jua contoh punca wanita mengalami Lebido.

Maka, di situ lah perasaan saling mencintai hatta membawa kepada ranjang kasih-sayang. 

Jika difahami hakikat ini, kita akan lebih memahami antara punca-punca terjadinya homoseksual, lesbian, biseksual dll yang membentuk sosial seseorang pesakit Lebido lelaki mahupun wanita.

Sesungguhnya penciptaan manusia oleh Tuhan sangat unik, begitu banyak hormon kelelakian berbanding sedikit hormon kewanitaan dalam tubuh lelaki.

Begitu jua dalam tubuh wanita, begitu banyak hormon-hormon kewanitaan berbanding hormon lelaki yang sedikit.

Ubat Kuat?

Semakin lanjut usia, bagi lelaki seringkali memburu pelbagai ubat kuat supaya tidak ‘patah tandan’ di ranjang.

Pek pra minum Tongkat Ali, Viagra dan macam-macam suplimen sanggup ditelan, asalkan kekuatan bab remaja 20-an walaupun usia sebenarnya lanjut 50-an.

Sebenarnya kemaluan anda memang boleh sekeras tiang lampu, tetapi perasaan lelaki ketika bersama pasangannya mungkin kontang, kering dan langsung ‘tidak berbunga’ dengan perasaan cinta kasih sayang sebenar.

Kenapa begitu? Jawapannya adalah disebabkan ‘kekerasan’ alat kelamin itu disebabkan oleh dorongan bahan kimia, walhal hormon kelelakian-kewanitaan lemah dan langsung tidak seimbang.

Seperti lelaki, wanita juga, khususnya yang lanjut usia 30an seringkali mencari alat solek serta pelbagai makanan suplimen untuk menjana awek muda, tetapi kaedah sebegitu sebenarnya kurang menjana hormon-hormon kewanitaan dalam tubuh mereka.

Solusi

Secara biologi, sebenarnya penjanaan hormon-hormon kewanitaan dalam tubuh wanita akan terus rendah terutama pasca Menopause, dan sangat sukar dijana kembali.

Namun, hormon kelelakian dalam tubuh lelaki senantiasa boleh dijana dan hanya akan mati apabila lelaki itu mati sahaja.

Sebab itu, kita jangan terkejut apabila menemui lelaki berusia lebih 80 tahun masih tak tewas di ranjang dek isteri muda cantik jelita berusia 20an sampai melahirkan anak.

Ini bukan isu anti poligami atau pro monogami, tapi apa yang nak disebut adalah suami berusia 80 tahun ini mungkin masih mampu menjana hormon kelelakian secara semulajadi ataupun mungkin juga menerima suntikan hormon berwajib mengikut nasihat doktor pakar.

Justeru, solusi terbaik (selepas membaca artikel ini), sebenarnya elok mendapatkan pendapat pakar psikologi serta pergi berjumpa doktor sendiri.

Penyakit Lebido ini bukanlah suatu jenayah, seperti rejim kleptokrasi 1MDB menipu kekayaan negara.

Walaupun tubuh sasa, aktivis bersenam, tapi sukar melakukan seks secara berkualiti dan mendapat anak.

Maka, pergilah berjumpa doktor bagi uji air kencing dan darah. Kos rawatan antara RM180 hingga RM250 sahaja.

Daripada dwi ujian itu, kita akan dapat mengetahui paras hormon dalam tubuh kita. 

Untuk lelaki, satu dos hormon kelelakian terbaru harganya RM650 sahaja, disuntik tiga bulan sekali bergantung pada paras hormon dalam badan. (Wanita, saya lupa bertanya.)

Walaupun luaran kita nampak seperti normal, tidak semestinya kita bebas daripada belenggu sakit Lebido yang berpunca oleh faktor biologi, psikologi ataupun sosial tadi.

Sebarkan, jika ini boleh membawa manfaat kepada diri dan kawan-kawan anda.

“Ya Allah, ampunkan dosaku kerana gagal menjaga baik Allahyarhamuha Siti Hajjar Hassan yang derita sakit Cancer Hodgkin Lymphoma tahapan 4. Rahmatilah isteri muda cantik jelita aku ini atas sabarnya melayan karenah bodoh aku serta belas kasih sayangnya kepada anak kami, #InsyirahSolehah. Amin.”

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus