19 December 2017

1,277 terima bantuan daftar masuk universiti daripada Ketua Menteri P.Pinang

KETUA menteri dalam ucapannya di SP Arena pada pagi ini merakamkan harapan agar bakat Pulau Pinang kembali berkhidmat di negeri ini selepas selesai melanjutkan pengajian tinggi di luar negeri kelak.


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB


SEBERANG JAYA - Seramai 1,277 penerima cek bantuan daftar masuk ke universiti sesi 2017/2018 menerima RM1,000 daripada Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, termasuk 64 mahasiswa menerima RM1,200 kerana melanjutkan pengajian tinggi di Sabah dan Sarawak.


Guan Eng yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) kebangsaan Kerajaan Negeri hari ini dalam tempoh tahun 2008 hingga 2017 telahpun memberikan RM20,042,900 peruntukan bantuan daftar masuk universiti kepada 21,661 mahasiswa.


“Daripada jumlah (21,661 penerima) itu, seramai 11,873 orang pelajar yang menerima bayaran RM11,075,800 adalah di (bahagian Daerah Seberang Perai.


“Bayaran ini adalah bayaran yang paling tinggi diberikan berbanding mana-mana Kerajaan Negeri lain di Malaysia,” jelas Guan Eng di SP Arena di sini pada pagi tadi.


Turut berucap Timbalan Ketua Menteri I Dato’ Mohd. Rashid Hasnon dan Timbalan Ketua Menteri II Prof. P. Ramasamy.


Hadir sama, Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng; Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap merangkap Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Dato’ Maktar Shapee; ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon; serta Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Zulkifli Long.



BERITA LANJUT MENYUSUL KEMUDIAN.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus