Skip to main content

Posts

Showing posts from December 20, 2017

Pakatan perlu muktamadkan Guan Eng calon Menteri Kewangan

PENULIS di Pahlawan Walk, Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO, jalan-jalan sambil membeli baju T di sini, untuk anak-anak buah di Pulau Pinang.


Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 
Wacana Politik | Isu “Siapa Perdana Menteri Pakatan Harapan” bukan lah isu baru yang diledakkan oleh parti-parti lawan.
Tapi, pemimpin Pakatan Harapan, terutamanya daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) senantiasa berada pada posisi defensif apabila isu ini meledak dalam massa.
Patut, pakatan oposisi menimba lebih banyak pengalaman kerana selalu sangat diserang menggunakan ‘peluru politik’ yang sama.
Barisan Nasional, khususnya UMNO sedar pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘de facto’.
Hanya Anwar berupaya menyatukan kepelbagaian parti-parti pembangkang, termasuk Pan Malaysian Islamic Party, tetapi Anwar sekarang berada ‘di dalam’.
Kerana Pakatan Harapan semacam sudah ada calon perdana menteri interim, sebab itulah UMNO terus meledakkan ‘peluru politik’ yang sama.
Tersebar lah…

MTEM ‘berkokok’ bagi pihak Melayu atau ‘cukong’ Daim?

PENULiS dan anak daranya, #InsyirahSolehah merakamkan gambar ketika menyertai pesta buku sempena Seniloka Art Festival 2017 dekat Armenian Park di George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 9 - 10 Disember baru-baru ini di sini. “I miss you so much, Allahyarhamuha Siti Hajjar Hassan. Al-Fatihah!


Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 
Wacana Ekonomi | Pagi ini, saya terbaca laporan berita MTEM: Kerajaan perlu jawab persoalan Daim di Malaysiakini.
“Betul, kami setuju dengan persoalan Tun Daim adakah ia satu pelaburan atau pinjaman dan kalau ia pinjaman bagaimanakah kita dapat memastikan kesan daripada pinjaman itu melebihi positif dari negatif.
“Tapi saya rasa tak perlu untuk saya kupas dengan lebih panjang kerana isu ini jelas adalah kerana kekhuatiran sesetengah pihak tentang seperti apa yang saya kata tadi adakah kita mendapat hasil sewajarnya dengan pelaburan yang dibuat,” tanya Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othma…