16 April 2018

Bosan tengok pembangkang melucah di FB Anina Saadudin


PENULiS di Pejabat, KOMTAR pada awal pagi tadi. | _facebook


APABILA aku membaca komen lucah penyokong oposisi di Facebook Anina Saadudin, aku jadi menyampah.

Kalau kita ingat, menjelang PRU13 - 5 Mei 2013 - Perdana Menteri ‘Sementara Datuk Seri Najib Tun Razak sampai pernah kata nak pertahan Putrajaya sehingga titisan darah terakhir, dan minta Melayu terus undi UMNO. Bagi aku memang rasis!

Tapi menjelang PRU14 ini, kalau kita perasan, dia dan Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda BN) hanya  membentangkan apa “program sokongan” untuk memperkasa kuasa rakyat dll. Tiada lagi ucapan rasis seteruk kempen PRU13 dulu.

Dan, aku tengok sesetengah ahli politik utama Pakatan Harapan yang patut lebih progresif berbanding BN UMNO, tapi di pentas ceramah pula secara rasis mempersenda Najib berbangsa Bugis dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai ‘Jawa Ponorogo’.

Semacam aku yang anti kleptokrasi serta penyokong Pakatan Harapan, pemimpin pembangkang yang rasis sebegitu elok tak payah disokong.

Pertama, dia rasis macam UMNO. Kedua, dia memang tiada idea untuk membela rakyat. Ketiga, barangkali dia memang malas membaca Manifesto PH (ada yang bagus dan ada yang oldschool) untuk ditawarkan kepada rakyat.

Setuju?

#ManifestoMerah
#DEKPOS
#AnalisisPRU14







No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus