16 April 2018

Manifesto BN Pulau Pinang ciplak polisi Kerajaan Negeri Pakatan Harapan, respons Guan Eng


LIM Guan Eng

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri ‘Sementara’, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mendakwa bahawa Manifesto Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menciplak polisi serta rekod tadbir urus CAT atau Cekap, Akauntabel dan Telus Kerajaan Negeri hari ini selama 10 tahun.

“Manifesto BN ini banyak yang ciplak (tadbir urus) CAT, yang suatu ketika dahulu mereka (pembangkang Pulau Pinang) sendiri bantah.

“(Manifesto BN Pulau Pinang) ini suatu janji yang hanya untuk ‘beli’ undi sahaja,” responsnya yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) kebangsaan merangkap Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) nasional pada sidang media di sini pagi ini.

Turut serta, Timbalan Ketua Menteri I ‘Sementara’, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon; Timbalan Ketua Menteri II 'Sementara', Prof. Dr. P. Ramasamy serta barisan Exco ‘Sementara’ Kerajaan Negeri Pakatan Harapan yang lain.

Menaikkan jumlah bantuan wang kepada warga emas; menghentikan projek pembangunan di kawasan bukit dan lereng bukit; melaksanakan Pelan Induk Pencegahan Banjir; pengecualian cukai tanah serta cukai pintu untuk rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan rumah kampung serta subsidi tambang bas sekolah kepada isi rumah layak merupakan antara inti utama Manifesto BN Pulau Pinang yang didakwa menciplak polisi serta rekod pentadbiran CAT Kerajaan Negeri hari ini.

Najib di laman sosial Twitter @NajibRazak turut berkicau untuk membatalkan projek terowong bawah dasar laut, yang cuba dimajukan oleh Kerajaan Negeri hari ini demi menangani cabaran trafik sesak di Pulau Pinang. _facebook

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus