28 March 2018

Melayu lawan UMNO kerana Pusat lambat salur peruntukan tangani banjir ke P.Pinang



PENDUDUK setempat rata-rata Melayu bersama-sama Jagdeep Singh Deo mengangkat plakad menuntut Kerajaan Pusat segera menunaikan janji menyalurkan peruntukan RTB Lembagan Sungai Pinang berwajib, pada sidang media di sini baru-baru ini. 


Exco gesa Pusat bayar minimum RM500 kepada semua mangsa banjir P.Pinang 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

DATUK KERAMAT - Kerajaan Pusat digesa membayar RM500 minimum kepada kesemua 52,353 Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini, kerana terlibat dalam bencana banjir selama beberapa hari pada 4 November tahun lepas.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata demikian ketika mengulas pengumuman Kerajaan Pusat untuk membuat pembayaran Wang Bantuan Ehsan berjumlah RM5.6 juta atau RM250 seorang kepada 22,534 KIR sahaja pada pertengahan bulan Mac ini.

“Kerajaan Negeri melalui Program Penang Bangkit telah membayar RM36.6 juta (RM36,547,100) atau RM700 secara ‘one-off’ kepada 52,353 mangsa banjir di negeri ini, mengapakah Pusat hanya umum bayaran RM250 sahaja, tidak RM500 sekurang-kurangnya,” tanya Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat dalam sidang media berdekatan Masjid Kampung Acheh dekan Jalan Langkawi di sini pada 18 Mac lalu. 

Tegasnya, mangsa banjir di negeri ini dalam tempoh tahun 2013 hingga 2016 direkodkan hanya menerima RM35,500 wang ehsan sahaja, iaitu peruntukan paling sedikit berbanding negeri-negeri lain.

Berdasarkan Jawapan Bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim mewakili Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada hujung tahun lepas, antara lain menyebut Kerajaan Pusat sejak tahun 2013 direkodkan membelanjakan RM324,883,470 Wang Bantuan Ehsan terus kepada mangsa banjir.

Mengikut negeri, direkodkan, RM90.34 juta untuk mangsa banjir di Kelantan merupakan peruntukan tertinggi, diikuti Pahang (RM41.06 juta), Terengganu (RM34.05 juta), Sarawak (RM24.65 juta), Sabah (RM14.16 juta), Perak (RM9.03 juta), Johor (RM7.13 juta), Selangor (RM4.66 juta), Kedah (RM4.02 juta), Melaka (RM896,210), Negeri Sembilan (RM469,000), Perlis (RM217,500), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM167,000) dan baki RM35,500 untuk Pulau Pinang merupakan peruntukan paling sedikit.

Dalam perkembangan lain, Jagdeep sekali lagi menggesa Kerajaan Pusat segera menyalurkan RM150 juta peruntukan yang dijanjikan bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang.

“Sudah masuk 19 tahun rakyat terutama penduduk sekitar lembangan Sungai Pinang ini menunggu peruntukan yang dijanjikan, fasa satu RTB Sungai Pinang telah siap pada tahun 1998 dan 1999, tetapi fasa dua dan fasa tiga tidak dapat dijalankan sehingga mengakibatkan kawasan di sini seringkali dilanda banjir apabila (curahan hujan) terlalu lebat dan lama berlaku sebelum ini.

Untuk rekod, pada 23 Mei 2015 Kerajaan Pusat dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) asalnya berjanji menyalurkan RM997 juta untuk lima projek RTB di negeri ini, termasuk RM654 juta RTB Lembangan Sungai Pinang.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus