21 April 2018

Apa wakil rakyat PAS temberang bab isytihar harta peribadi?




WAKTU saya masih menyertai Pan Malaysian Islamic Party dulu, ada juga soalan sebegini saya tanya kepada Murabbi saya, Al-Fadhil Ustaz Muhammad Husin (bekas Ahli Parlimen Pasir Putih, kini menyertai ‘parti Islam’ AMANAH).

Soalan saya sebegini, kenapa wakil rakyat kita (bukan semua) enggan isytihar harta sebagaimana pemimpin PSM Dr D. Jeyakumar?

Balas beliau, ada wakil rakyat kita itu berkahwin sembunyi-sembunyi dengan isteri no. 2 atau no. 3, yang kalau isytihar harta takut bercerai berai rumah tangga.

Respons sebegini pun ada logik agama juga, kalau Al-Fadhil Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali boleh menggunakan kaedah fiqh الاصل براءة الذمة.

Merujuk pada respons Murabbi saya itu, boleh juga lah untuk digunakan kaedah: ما أدى إلى الحرام فهو حرام, bermaksud “sesuatu yang boleh membawa kepada haram, maka ia juga adalah haram.”

Maka, polisi isytihar harta, walaupun menyemarakkan integriti politik dan baik, tapi kalau boleh mengakibatkan cerai berai, elok tidak diamalkan oleh pihak yang berkenaan.

Kalau saya orang Pan Malaysian Islamic Party, tentu akan saya berdalih sebegitu, apabila diasak oleh Naib Presiden Amanah Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa yang juga (bekas) Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak.

Tapi, sebagai seorang revolusioner iaitu mereka yang berusaha mengubah sistem sosial sedia ada kepada sistem sosial yang lebih baik, tentulah saya akan berfikir ada lagikah polisi yang lebih progresif berbanding polisi isytihar harta membabitkan wakil rakyat?

Saya tidak ingat nama seorang Sahabat Rasulullah S.A.W. yang dilantik menjadi Gabenor, dan pada masa yang sama dikenal pasti hasil ternakan kian membiak. Apabila perkara sebegitu sampai ke pengetahuan Khalifah Umar Al-Khattab, maka sebahagian tertentu hasil ternakan itu dirampas lalu dipulangkan ke perbendaharaan negara “Baitul Mal.”

Berbalik pada isu pengisytiharan harta, tak bolehkah ada suatu akta khusus untuk merampas segala kekayaan yang dijana melalui apa jua perniagaan, kerana tugas wakil rakyat adalah berkhidmat kepada rakyat.

Kalau orang seperti Jho Low dengan kekayaan yang maha besar melakui 1MDB, menurut beberapa pemimpin oposisi, berhasrat merampas kapal mewah di Bali serta hartanah mewah di Amerika Syarikat, tak boleh kita melayan lebih ‘kejam’ terhadap ahli politik yang terlibat dalam apa jua aktiviti perniagaan?

Memang perlu dipinda beberapa undang-undang di Dewan. Memang perlu suatu perundangan yang membolehkan kerajaan merampas hartanah spekulatif milik wakil rakyat.

Cuma, bersediakah majoriti Ahli Parlimen dan juga ADUN di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang sendiri mewujudkan suatu undang-undang yang ternyata merugikan mereka dan kaum kerabat mereka?

Kerana, Ahli Parlimen Kuala Nerus yang diasak Mujahid mengenai komitmen Pan Malaysian Islamic Party untuk mewajibkan para pemimpinnya isytihar harta pun, semacam banyak dolak-dalihnya.

Setuju?

FOR THE MANY, NOT THE FEW

#ManifestoMerah
#DEKPOS
#AnalisisPRU14

Bayangkan asrama sekolah pun wajib dibeli semacam rumah kapitalis swasta




_facebook | Yang “teghenyeh” sendirian dalam gambar itu adalah saya (depan, lima dari kiri) waktu Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (Lelaki).

Saya tinggal di asrama sejak Tingkatan Satu sampai Tingkatan 6 Atas, 1996 - 2002, akhirnya jadi pelajar terbaik lalu diberi peluang melanjutkan pengajian di Universiti Malaya.

Keluarga saya bukan orang senang. Mujurlah luas lantai asrama, katil - tilam - bantal - cadar, tandas & bilik air, padang permainan, makan minum dll semuanya dinikmati dengan sewa termurah, ketika itu yuran tahunan tidak sampai RM600.

Bayangkan jika semua fasiliti di asrama itu wajib dibeli semacam Rumah Mampu Milik (RMM) di tengah-tengah George Town, sebelum saya menikmati semuanya. 

RMM yang dimajukan oleh syarikat spekulatif swasta ini ada yang harga maksimum seunit RM400,000, RM300,000, RM200,000, RM72,500 (rumah kos sederhana rendah) dan RM42,000 (rumah kos rendah).

Kalau lantai asrama ini semacam RMM, maka terpaksalah keluarga saya yang miskin ini membeli terlebih dahulu daripada syarikat kapitalis spekulatif swasta, sebelum saya menikmati segala fasiliti asrama tersebut. 

Contoh asrama sekolah Al-Mashoor, bagi sesetengah pembaca di sini, mungkin dianggap tidak tetap untuk menggambarkan peri penting sektor RMM kapitalis swasta ini dirombak secara hoslitik menjadi Skim Perumahan Mampu Sewa Selasa.

Bagaimana pula dengan unit kediaman berkeluasan lantai lebih 1,200 kaki persegi khusus untuk kakitangan kementerian kesihatan di belakang Hospital Besar Pulau Pinang (GH), semua rumah 100% milik penuh Kerajaan Persekutuan boleh dinikmati dengan sewa bulanan serendah RM300?

Fahamnya di sini, sektor perumahan negara boleh diasak dan dirombak agar lebih progresif - iaitu mesti lebih menguntungkan rakyat terbanyak berbanding segelintir puak daripada kalangan ahli politik serta syarikat kapitalis spekulatif swasta.

Memang lah status Facebook ini dibuat oleh revolusioner, iaitu “seorang yang senantiasa berusaha mengubah sistem sosial sedia ada kepada sistem sosial yang lebih baik.”

Mesej ini ditujukan kepada semua pengundi. Kita adalah pembayar cukai. Jangan taasub kepada mana-mana parti yang kita sertai. 

Baca betul-betul manifesto PRU14 secara objektif. Kalau boleh, asak semua pemimpin parti supaya melaksanakan Skim Perumahan Mampu Sewa Selesa.

Ingat, kita semua adalah pengundi berdaftar, jangan takut untuk memberontak terutama terhadap ahli politik bodoh serta mereka yang mesra dengan syarikat kapitalis spekulatif swasta.

Bayangkan!

FOR THE MANY, NOT THE FEW

#DEKPOS
#ManifestoMerah
#AnalisisPRU14
#AlMashoor

Jangan temberang kononnya rakyat tanggung hutang RM22K sebab federal debt lebih RM600b...


PENULiS di Kota Baru, Kelantan pada Rabu, 18 April lepas, rombongan menziarahi Ustaz Nik Omar & pusara Allahyarhamuhu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. 


_facebook | Kalau boleh video kempen bodoh-bodoh tidak kira lah dari blok parti pemerintah ataupun oposisi, jangan didakyah kepada saya.

Saya cuba nak menjadi revolusioner, iaitu “mereka yang senantiasa berusaha mengubah sistem sosial sedia ada kepada sistem sosial yang lebih baik”.

Impian ini sebenarnya lebih besar berbanding penyertaan saya dalam “parti Islam” Parti Amanah Negara (Amanah). 


GAMBAR tekapan klip video kempen kononnya rakyat menanggung hutang lebih RM20,000 kerana hutang persekutuan mencecah lebih RM600 bilion.

Semacam tadi, seorang rakan baik berkongsi klip video kempen PRU14 mengenai hutang negara (federal debt) melebihi RM600 bilion.

Dakyah beliau, kalau dinisbahkan kepada populasi rakyat Malaysia lebih 30 juta ini, maka tiap-tiap rakyat termasuk pengasas tanda pagar #ManifestoMerah & #DEKPOS pun (saya lagi tuh), menanggung beban lebih RM22,000.

Lalu respons saya, “selalu kalau daftar pesakit luar Allahyarhamuha Siti Hajjar Hassan di GH (Hospital Besar Pulau Pinang), saya diberi resit tanda pembayaran yang sah.”

Maka respons saya lagi, “esok lusa kalau rakyat yang bijak bertanya: sudah berapa bulan u all bayar hutang RM22,000? Atau tanya mereka: ada resit pembayaran kalau ya Kerajaan pernah peras duit rakyat untuk bayar federal debt ini? Memang kita nampak bodoh.”

Bagi saya, komitmen PH untuk memansuhkan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) dalam tempoh 100 hari pentadbiran jika berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan pasca PRU14 nanti, adalah contoh manifesto yang progresif serta “lebih menguntungkan rakyat terbanyak berbanding segelintir puak.”

Dakyah propaganda bodoh, elok jangan share dengan saya. 

Saya berasa bukan diri ini sahaja, bahkan pengundi serta pembayar cukai di luar sana sememangnya menyampah dengan dakyah propaganda bodoh seperti contoh di atas.

Jadi pengundi bijak, jangan tunduk pada ahli politik bodoh. 

Setuju?

#AnalisisPRU14

PAS sakit hati Dr Rozaimi sentuh isu Presiden PAS ponteng sidang Parlimen



_facebook | Ini status Facebook saya, sebagai respons pada ulasan Dr. RORA di portal berita Malaysiakini.

Waktu saya masih dalam Pan Malaysian Islamic Party dulu, saya pernah saling berbeza pendapat dengan seorang Naqib (mentor dakwah) kanan dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Masih saya ingat, beliau, bergelar “Dr.” memberi pendapat bahawa parti Islam ketika itu mengemukakan idea Kerajaan Perpaduan kerana tahaluf siyasi (muafakat politik) Pakatan Rakyat membabit DAP tidak menjadikan Melayu dan Islam dominan jika UMNO BN tumbang di Putrajaya kelak.

Lagi pun, dalihnnya lagi, memang ada beberapa dalil larangan di dalam Al-Quran terhadap umat Islam berkawan dengan Kafir. 

Seloroh saya waktu itu, “memang dalam Al-Quran ada larangan Yahudi dan Nasrani tidak akan meredai sehinggalah umat Islam ikut jalan keagamaan mereka, tapi Rasulullah S.A.W. berkawan dengan tiga puak Yahudi dan sepuak Majusi sampai tubuh Negara Demokratik Moden Madinah. 

“Kita (Pan Malaysian Islamic Party) berkawan dengan ‘DAP Cina Kapiaq’ pun dah lemah otak, apa pemimpin Islam ini memang lemah otak ke?”

Guan Eng terharu bekas wakil rakyat DAP hadir simbol sokong parti umum lapan muka baru


KETUA Menteri ‘Sementara’ Pulau Pinang.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PULAU TIKUS, 21 APRIL - Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) kebangsaan, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menzahirkan rasa terharu atas kehadiran enam bekas wakil rakyat parti yang berjiwa besar dengan tidak bertanding serta memberi laluan kepada pencalonan muka baru sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini. 

Mereka, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal merangkap Exco ‘Sementara’ Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng; Danny Law Heng Kiang (bekas ADUN Batu Lancang merangkap Exco ‘Sementara’ Pembangunan Pelancongan); A. Tanasekharan (bekas ADUN Bagan Dalam); Lau Keng Ee (bekas ADUN Pengkalan Kota); Jeff Ooi Chuan Aun (bekas Ahli Parlimen Jelutong); dan Ng Wei Aik (bekas Ahli Ahli Parlimen Tanjong).

Bukan sahaja mereka menyokong keputusan ini, sungguhpun mereka ada perasaan juga, kita faham.

Tapi, hari ini, mereka juga hadir, mari kita beri satu tepukan,” jelas Guan Eng yang juga Ketua Menteri ‘Sementara’ Pulau Pinang merangkap dalam Majlis Pengumuman Calon DAP di sini pada tengah hari tadi.

Pengerusi DAP Pulau Pinang merangkap Exco ‘Sementara’ Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow yang mengumumkan nama kesemua 19 calon DAP bagi kerusi Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) dan tujuh kerusi Kawasan Parlimen. 

DAP negeri menampilkan lapan muka baru dalam PRU14 ini, iaitu  M. Satees bertanding di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bagan Dalam; Daniel Gooi Zi Sen (KADUN Pengkalan Kota); Ong Ah Teong (KADUN Batu Lancang); dan H’ng Mooi Lye (KADUN Jawi); Heng Lee Lee (KADUN Berapit); Lee Chun Kit (KADUN Pulau Tikus); Syerleena Abdul Rashid (KADUN Seri Delima); dan Joseph Ng Soon Siang (KADUN Air Itam).

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) nasional sekali lagi menjelaskan kesemua calon DAP akan bertanding menggunakan satu lambang bersama-sama calon parti-parti pakatan pembangkang, iaitu logo Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus