Profil

"Pakaq" atau nama sebenarnya Zainulfaqar Yaacob menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh (SKKS). Seorang yang minat bersukan dan pernah mewakili Pulau Pinang dalam arena Hoki MSSM bawah umur 12 tahun.

Di SMKA Al-Mashoor (L), ada seorang guru Matematik dikenali sebagai "Pakaq" atau nama sebenarnya Zulfakar Hussain. Sebab itu, abang-abang senior memanggil Zainulfaqar pun sebagai "Pakaq".

Keputusan PMR dan SPM melingkup sebab banyak main. Tetapi, menjadi pelajar terbaik sekolah bagi tahun 2012 sebab keputusan STPM cemerlang.

Berbekalkan kecemerlangan itu, "Pakaq" dipilih masuk ke Universiti Malaya dekat Kuala Lumpur dalam jurusan Usuluddin.

Di situlah, "Pakaq" berjinak-jinak menyertai gerakan mahasiswa melalui Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Sekembalinya ke Pulau Pinang, "Pakaq" pernah menjadi ahli akademik di sebuah universiti tempatan hampir tiga tahun, sebelum membuat percubaan bertanding mencabar Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas perdana menteri) di Parlimen Kepala Batas atas tiket Parti Mahasiswa Negara (PMN) sempena PRU12.

Selepas mundar mandir tanpa sebarang kerjaya di Pulau Pinang, akhirnya "Pakaq" terjun dalam dunia kewartawanan di TvPAS sebelum diserap masuk ke Harakahdaily.net.

"Pakaq" pernah menyertai bilik berita The Malaysia Insider di bawah Dr. G. Manimaran, kemudiannya menyertai TvSelangor.

Selepas PRN Sarawak, "Pakaq" pulang ke Pulau Pinang dan terus menjadi wartawan di sini.

Selain giat sebagai fotojurnalis, "Pakaq" cuba kembali aktifkan diri selepas permohonannya untuk pindah dari kawasan Lemah Pantai ke Batu Kawan diluluskan melalui Mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat.

Namun, beliau dihalang masuk ke AGM Pemuda Kawasan dan Kawasan Batu Kawan sungguhpun menunjukkan kad keahlian seumur hidup kepada pihak berwajib, ekoran perancangan tidak demokratik Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang, Mohd. Noor Harun, Afnan Hamimi Taib (Pemuda PAS Pulau Pinang) dan Nur Halim (Ketua Unit Amal Pulau Pinang).

Kini, "Pakaq" masih aktif melalui Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah (RAGAS) serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

Banyak perkara dilalui, tetapi paling sukar untuk dilupakan pada tanggal 9 Januari 2017 kira-kira detik 1.55 pagi, apabila isteri muda cantik jelitanya, Siti Hajjar Hassan telahpun dijemput pulang.

Saban hari, selepas menidurkan anaknya, "Insyirah Solehah", "Pakaq" akan keluar berkelana, paling jauh sehingga George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO dalam perasaan yang cukup kosong.

Semoga Allah mengampunkan dosanya, serta merahmati isteri yang begitu dirindui-nya. Amin.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus